..

Halaman

Dalam beberapa hari ni, alhamdulillah, saya dapat menyumbang tenaga sedikit untuk membersihkan kawasan halaman rumah. Bukan satu halaman rumah, tapi tiga halaman sekaligus.

Maknanya, walaupun belum ada kerja, namun saya berasa puas hati sebab dapat menyumbang sesuatu, memberi sesuatu. Biasanya rumput ni dalam sebulan dia dah pandai tumbuh balik, panjang balik di halaman rumah. Bila time hari sekolah, bapa saya sibuk, jadi kurang ada masa membersihkan halaman rumah, terutama menebas lalang di kawasan depan halaman.

Dah lama saya tak pegang parang panjang nak tebas rumput. Dah lama tak menebas sama-sama ngan bapa saya. It was fun too, melihat bapa dan anak bersama-sama membersihkan halaman rumah. Selepas makan malam, baru saya memfokus pada penulisan blog, sebab Maizurah ditidurkan oleh mak saya.

Barack Obama Presiden Baru

Barack Obama adalah seseorang yang amat saya kagumi. Ketenangan yang terpancar diwajahnya membuktikan betapa dia seroang penyabar dan penuh dengan wawasan. Pada saya dia seorang yang berpandangan jauh.

Desas desus mengatakan yang Barack Obama adalah pemimpin Amerika pro Islam, manakala Bush pula pro Yahudi. Maybe sebab tempat tinggal Barack Obama masa kecil dulu berhampiran dengan komuniti Islam? Mungkin juga.

Walau apapun, kemenangan Barack Obama memang sudah diduga, sebab Barack Obama adalah seorang pemimpin 'bersih'. Dia bebas dari skandal, tak seperti lawannya John McCain. Tahniah buat Barack Obama.

Proses Coding Belum Selesai

Alhamdulillah, iMotivasi making a very tremendous progress.

Setiap pagi saya bangun dengan semangat membara nak membantu mengubah hidup insan seagama di samping memberi semangat kepada orang lain, tak kira siapapun dia. I can see a BIG increase in the number of the rss subscribers.

Setiap kali online, mesti ada penambahan pada nombor itu. Thank you! Anda menjadikan minat saya pada motivasi jadi lebih bermakna.

Proses coding iMotivasi masih belum selesai. Theme yang baru saya install perlukan banyak perubahan, terutama beberapa widget untuk ruang "Related Post", pemberi komen terbaik dan widget ruang sidebar.

Dengan Internet, saya kini punya ramai kenalan di Lance Armstrong Foundation. Maha suci Allah kerana menemukan saya dengan rakan-rakan seperjuangan yang tak berhenti memberi kata-kata semangat, walaupun kami berpisah beribu kilometer.

Kami berlainan agama, tapi punya matlamat yang sama, untuk memberi sinar harapan pada insan lain!.

Kekasihku Seru

Hmm, saya telah ditanya bagaimana jika hubungan kekasih yang putus, berjaya disambung semula, apa yang perlu dilakukan? Bagi saya, pertama sekali, bersyukur!

Tak semua orang yang bercinta bertuah sebab biasanya hubungan cinta terputus, agak payah nak disambung semula melainkan kedua-dua pihak bersetuju sepenuh hati. Kedua, jalinkan cinta dengan penuh kejujuran. Jujur adalah kunci kepada perhubungan kekal untuk bertahan lama.

Ketiga, saling menggembirakan antara satu sama lain. Yang lelaki, gembirakan si gadis. Yang perempuan pula, cuba gembirakan si teruna.

Namun, sebaik-sebaik pasangan kekasih bercinta, adalah yang berjaya mengikat tali perkahwinan. Kekasih yang sebenar adalah yang bergelar isteri atau suami Anda.

4 Aktiviti

To be honest, sehingga Disember ini saya tak bekerja, maknanya tak punya pendapatan tetap seperti beberapa bulan dulu. Kenapa saya berani sungguh buat camtu? Kerana saya dipanggil balik kampung membantuk mak bapa saya.

Nak cari pembantu rumah, orang kampung biasanya kurang percaya dengan kualiti kerja-kerja pembantu rumah, walaupun mereka sebenarnya boleh meringankan beban. Saya kena jadi pembantu rumah serba boleh buat sementara. Apa saja tohmahan, telan saja dulu, janji, fokus pada apa yang boleh saya buat untuk meringankan beban kerja di rumah.

Apa dia 4 aktiviti yang saya lakukan? Membaca, menulis artikel, berbasikal dan buat kerja-kerja rumah. Itu saja. Hidup saya hanya ada 4 aktiviti.

Maybank To U

Banyak sungguh website milik webmaster bumiputera menggunakan nama seperti Maybank2u.

Ada yang menggunakan "to you" dan "for you" yang boleh disingkat menjadi 2u dan 4u. Lama-kelamaan, kita akan diketawakan sebab menjadi pengikut, tapi tak pandai mengelola idea sendiri yang unik.

Kita tak boleh salahkan trend, cuma mampu melihat dari jauh. By the end of the day, jika orang lain tak buat, kita perlu memulakannya saja, tanpa disuruh-suruh.

Satu Ribu Enam Ratus

Alhamdulillah, jumlah feed subscribers iMotivasi kini dah mencapai jumlah lebih 1600 orang. Apa makna 1600 ni pada saya?

Ia sebagai tanda aras usaha keras saya mempromosi artikel-artikel motivasi di ruang Internet serba sedikit dah menampakkan hasil. Persaingan amat banyak, terutama daripada blog-blog lain seperti perniagaan Internet, blog peribadi dan blog hiburan.

Namun saya percaya blog motivasi kendalian saya ada pembaca tersendiri. Buktinya? Lihat angka 1600 di chicklet FeedBurner itu.

Dengan angka 1600, saya bangga dengan apa yang saya mulakan. Makin bersemangat rasanya nak menulis lagi dan terus menulis.

Matlamat diri saya masih belum ada penghujung. Salah satu matlamat adalah untuk join syarikat media penyiaran.

Saya sering berimaginasi supaya suara saya didengar di radio, muka saya muncul di tv dan blog kendalian saya medapat liputan majalah. Moga pencapaian ini menjadi penyuntik inspirasi.

Target saya, adalah untuk join TV3 sebagai blogger motivasi mereka ataupun Astro Oasis dengan jawatan yang sama. Nampak macam mustahil.

I believe I can fly!

Baru Muncul

Well, its time to get back to work. Lama juga saya hilang tanpa apa-apa berita. Banyak perkara berlaku yang memerlukan saya berada di dunia sebenar sepenuhnya. My life from subuh until midnite is full of busyness. Kesibukan.

Terlalu banyak yang perlu diselesaikan dan diatur, setiap hari. Bukannya kerja. Saya hanya seorang lelaki yang mengorbankan kerjayanya hanya kerana mahu membantu ibu dan bapa.

Bukan dari aspek kewangan, tapi dari tenaga kerja. Hanya saya yang ada kemampuan buat begitu sebab yang lain sibuk dengan hal masing-masing. I'm the one to take over the role.

Apa yang membuat saya sibuk? Menolong jaga anak saudara yang masih kecil, menolong mak menyetelkan kerja-kerja rumah. Lebih kurang macam orang gaji yang sangat sibuk, cuma bezanya, tak ada gaji diberikan. Sekadar atas dasar tanggunggjawab.

Terasa kali ni adalah salah satu cara kehidupan mengajar saya sesuatu. There must be a clear reason why i have to do this all. Anyway, we gonna be strong.

Walaupun tak keluar bekerja sama seperti orang lain, masih tetap sibuk, kurang ada masa menonton tv, juga untuk bersenang lenang. Please, tak perlu bandingkan saya dengan penulis blog yang lain, sebab masing-masing menempuh dugaan berbeza, sudah pasti pendekatan mereka juga berbeza.

Cakap memang senang. Pernahkah kau bermimpi, berada di tempatku? Its hard, suffering long moments.

We have to be strong. I have to!

Pilih Tulis Apa Saja

Ada juga yang bertanya sebab apa saya begitu terbuka di blog personal ini.

Dah namanya blog peribadi, saya mahu berkongsi apa yang saya lalui, aktiviti saya dan semua apa yang berlaku di sekeliling saya. Anda bebas membaca semua catatan.

Saya tekad memilih untuk menjadi penulis blog. Sebab apa ya?

Pertama, minat. Aspek penulisan ada banyak. Buku, majalah, surat khabar, novel, cerpen, eBook. Tapi dengan blog percuma, bebas menulis dengan pantas, dibaca oleh ramai orang tanpa kawalan seorang Editor!

Walaupun bebas menyuarakan apa saja, sekurang-kuranya Anda kenal siapa saya, Anda tahu di mana saya bermastautin, di mana tempat saya, umur saya dan sedikit latar belakang saya. Berselindung, itu tandanya ibarat melempar batu lepas tu bersembunyi.

Bebas menyuarakan saja, tak semestinya menghentam sana sini seperti blog-blog 'berani' yang pernah saya baca, tetapi bebas untuk berkongsi idea, selagi idea tu membantu menyumbang pada kemajuan orang yang membacanya. Jujur, saya tak suka menghentam sesiapa, memburukkan sesiapa atau marah pada sesiapa.

I'm not blogging for profit. Honestly said, minat menulis blog menjadi keutamaan.

Iklan-iklan yang ada di blog-blog kendalian saya hanyalah sekadar iklan, berapa yang akan saya dapat nanti, itu saya dah tak kisah, dah tak fikir. Paling utama, saya menulis dan terus menulis.

Penting Sebuah Blog

Selama tak bekerja beberapa bulan ini, saya semakin nampak kepentingan sebuah blog bagi saya dan komuniti motivasi. Blog adalah medan untuk saya mempersembahkan kekuatan diri agar saya dapat mencapai sesuatu tahap kecemerlangan.

Dengan kecemerlangan itu, ia akan menjadi penyuntik semangat pada rakan-rakan untuk berusaha dengan lebih rajin lagi. Saya sedar, kecenderungan saya adalah lebih kepada penulisan, sebab di dalam keluarga, ramai daripada pakcik dan makcik saya bekerja sebagai guru.

Sejak kecil saya tengok diorang suka membaca, kemudian menulis apa yang ada di fikiran mereka. Bekerja sebagai guru memerlukan mereka sentiasa menggali ilmu, menakungnya di dalam minda mereka lalu dicurahkan pada anak murid mereka.

Setakat ini saya memilih untuk menjadi penulis blog. Dalam bidang motivasi, dah ramai menulis buku-buku motivasi, tapi masih sedikit menulis blog-blog motivasi untuk bacaan pengguna Internet, khususnya dalam Bahasa Melayu.

Internet adalah sumber rujukan bagi pelajar, pekerja dan sesiapa saja yang kelaparan maklumat.

Andai kita sendiri kurang bahan-bahan motivasi di Internet, kita sepatutnya merasa malu sebab tiada yang memulakan usaha itu sejak dulu.

Laman-laman web motivasi yang ada, cuma memaparkan buku-buku motivasi, profil syarikat, biodata penulis-penulis motivasi dan setiap satu hasil karya mereka. Saya amat kagum sebab ramai yang dah menghasilkan karya dengan sebegitu banyak, bermaklumat pula.

Forum-forum motivasi yang ada masih kurang dengan maklumat, tetapi penuh dengan perbincangan merungkai masalah, juga sedikit perbalahan. Motivasi bukan hanya untuk menyelesaikan masalah, tapi sebagai maklumat untuk kita merubah diri.

Alhamdulillah, blog iMotivasi semakin cemerlang. Jumlah pembaca tetapnya dah mencapai 1600 orang.

Angka itu terus bertambah, tanpa disangka-sangka. Ini menguatkan lagi semangat saya untuk terus berjuang.

LiveStrong!

Senior Arena Penulisan Blog

Straight from the heart, i'm not cosindering myself and my blog as a senior in Malaysian blogging atmospehere. Saya masih terus menerus belajar memperbaiki kemahiran menulis blog. Rasanya ramai blogger lain yang patut dapat gelaran tu.

Sejak bermula menulis blog Mac tahun 2007, saya pasang niat mahu menjadi blogger yang menyebarkan maklumat bermanfaat, sebab saya suka melihat perubahan dalam diri orang lain.

I'm not just like any typical blogger who wrotes negative comments and policital voices, tapi saya suka menulis tentang pembangunan diri. I love writing stuff anf love to read the comments, good or bad.

Ok, saya mengaku. Isu politik dan berita semasa kurang menarik perhatian saya sebab ada terlalu banyak yang negatif di dalamnya. People like to express their angers, dissatisfaction. Semua itu ada di dalam politik.

Tak bermakna saya tak up to date dengan isu terkini. Ya, saya ikuti, cuma tak detail. Sekurang-kurangnya tahu melalui tajuk-tajuknya.

Cuma, bila start berbincang tentang isu-isu politik dan topik hangat, saya lebih suka diam sebab jika saya bersuara, emosi saya lebih terdorong pada yang negatif. Sebab, saya akan luahkan apa yang saya tak puas hati.

Jadi, perkataan yang terhambur dari fikiran saya ada impak marah, kurang puas hati dan kegeraman maksima terhadap pihak terbabit. Then, bila itu dah berlaku, saya akan jadi kurang bersemangat, sebab minda saya dah diracuni unsur-unsur fikiran negatif.

Kesannya, saya mudah marah, mudah tertekan, mudah sakit hati, walaupun atas perkara-perkara kecil. Mencegah lebih baik, lebih menjimatkan kos dari mengubat. Untuk beralih semula ke fikiran positif, it takes more, more and more hard work, juga disiplin diri yang sangat ketat.

Bagi pembaca blog yang baru mengenali saya, sebenarnya saya juga baru bermula. Ya, blog ini di tapak Blogspot.com dah lama, tapi saya baru saja memulakan iMotivasi di blog baru, sejak beberapa bulan lepas seingat saya.

Oleh kerana saya masih baru, perjalanan menuju impian saya masih lagi jauh. Kerjaya sebagai blogger professional adalah kerjaya idaman saya, sebab saya suka menulis, membaca, kemudian berkongsi apa yang saya baca.

Sukan berbasikal dan sukan renang is another side of me, sebagai aktiviti penyenang hati. Namun, walaupun jadual latihan saya ketat setiap hari, blog menjadi keutamaan sebab saya menjana sumber pendapatan dari situ.

Why, bloggers who blogs in Malay cant earn money kah? I only like to educate others, helping others. I'm not interested in telling readers my income, sebab buat masa sekarang perkara itu tak penting. Duit adalah perkara kedua.

Usahawan Internet Tidak Ada Beza

Sebut saja pasal usahawan, mesti terbayang orang yang bekerja kuat, bijak dan 'struggle' untuk mengecap hidup yang lebih sempurna dari yang sebelumnya. Usahawan biasa dan usahwan Internet tak banyak beza.

Kedua-duanya sama, bekerja keras untuk menjana untung. Apa yang berbeza? Medium komunikasi.

Perniagaan Internet menggunakan instant messaging, chat box, email, voip service, video messaging yang boleh didapati menggunakan Internet. Kebanyakan perkhidmatan komunikasi ni kita gunakan secara percuma, ada juga yang berbayar atau separa berbayar.

Perniagaan tradisional menggunakan teknik bersemuka untuk menjana untung. Anda sudah tentu faham perniagaan jenis ini adalah seperti kedai runcit, gerai pasar malam, kontraktor binaan atau perniagaan restoran.

Usahawan di mana-mana tetap sama. Untuk menjadi usahwan cemerlang dalam proses memburu kejayaan, Anda perlukan ilmu, kemahiran dan network. Ketiga-tiganya penting.

Pada zaman Web 2.0 ni, kenalan di Internet adalah eleman yang membuat Anda stand out from the crowd. Informasi akan menjadi semakin berharga dan tak ramai yang sanggup mengongsikannya secara percuma.

Dari situlah pentingnya kenalan atau network kerana bila kena dengan caranya, mereka boleh memberi Anda maklumat berharga yang mungkin terpaksa Anda bayar di tempat lain untuk mendapatkannya.

Pelanggan dan pembeli di Internet bijak menilai, tak kira sama ada mereka baru menggunakan Internet atau yang dah lama berinternet. Sebagai usahawan, tak perlu kita berselindung disebalik website, laman blog atau sales letter kita kerana mereka lebih cenderung untik siapa yang menjual sesuatu produk kerana mereka mahu bertanya dulu sebelum membeli. Kejujuran dan ketelusan perlu dipamerkan.

Dalam pasaran Malaysia, ini adalah satu kebiasaan. Tak ramai penduduk Malaysia berani menggunakan kad kredit untuk membeli barang secara online. Tak ramai yang biasa, juga tak ramai yang mempunyai kad kredit sebab tak semua orang ada pendapatan tetap RM1500 ke atas di dalam slip gaji mereka. Tak semua orang juga menerima pendapatan yang ada slip gaji.

Walaupun cara menjalan perniagaan berbeza, konsepnya masih sama. Usahwan Internet bekerja untuk menjana untung melalui Internet, jadi jika Anda mahu membuat penyelidikan tentang produk apa yang sesuai di Internet, maka buatlah kajian di Internet.

Hmm, sebenarnya saya rasa agak rendah diri sebab saya bukannya sesiapa untuk bercakap mengenai perniagaan Internet. Saya bukannya seorang guru yang ada bengkel perniagaan Internetnya sendiri, tapi saya suka berkongsi apa yang saya tahu.

Berbincang mengenai perniagaan Internet adalah salah satu daripada minat saya selain menulis blog. Walaupun saya banyak menulis artikel-artikel motivasi, namun saya berusaha memenuhi permintaan pembaca yang mahukan informasi berguna tentang perniagaan Internet.

8 Jam Strait

Pada tahun 2007, saya boleh biasanya berada depan komputer dari jam 8 pagi hingga 10 malam. Workstation saya time tu terceruk di satu sudut dalam bilik sewa.

Sebelah kanannya, dua menara buku, satu depan, satu di belakang. Sebelah kiri workstation saya, ada satu speaker besar dan kotak CPU komputer.

Setiap minggu saya baca satu buku. Sebulan, saya baca 10 buku, termasuk buku-buku dipinjam dari Perpustakaan Negeri di sebelah bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Koleksi buku yang saya dah ada lebih 200 buah, 231 buah buku.

Komputer desktop yang saya gunakan ketika itu diberi oleh adik saya, sejurus selepas dia tamat pengajian di Universiti Malaysia Sabah dalam jurusan Sains Sukan. RAM komputer tu cuma 28MB, tapi komputer itu jugalah yang menemukan saya dengan minat pada bidang penulisan blog.

Syukur tuan rumah tak banyak komplen bila saya pasang line streamyx di bilik kami. Cuma dia naikkan sewa RM10, dengan alasan komputer saya kuat makan karan. Sewa bulanan saya seorang naik menjadi RM115 sebulan.

Saya ada letak gambar workstation lama saya di halaman Friendster, klik di sini untuk melihatnya. Letak sedikit komen, boleh juga. Saya menjemput Anda menjadi salah seorang Friends saya, tapi Anda kena ada akaun Friendster terlebih dahulu.

Walaupun duduk bersila saja mengadap komputer, saya boleh duduk camtu 8 jam stret (straight), atau lebih. Kekadang, bila saya sedang membaca laman-laman web atau blog kawan-kawan, biasanya masa yang saya luangkan lebih 12 jam ke atas.

Kawan-kawan sebilik yang lain bekerja di departmental store. Ada yang jadi promoter, staff sekuriti atau staff supermarket. Ketika itu hanya saya seorang yang beragama Islam.

Bila saya dah berada di kampung ni, dah tak dapat nak duduk 8 jam terus menerus. baru 10 minit start duduk depan laptop, mak saya panggil. Sambung lagi menaip depan laptop 10 minit kemudian, mak saya panggil. Kerja-kerja saya banyak diganggu, sebab saya kena tolong mak menjaga budak baru berumur setahun yang cukup aktif!

Bapa Maizurah seorang anggota polis. Fizikalnya tinggi dan dia meminati sukan lasak. Jadi, tak hairan jika anak pertamanya juga lasak dan aktif. Kekadang laptop saya terbiar berjam-jam lamanya sebab saya menjaga dia, melayan karenah nakalnya dan menemankan dia bermain.

Tanggungjawab seorang pak long besar juga rupanya. Dua orang adik saya mengajar di sekolah, satu mengajar pagi dan satu lagi mengajar di sesi petang. Bapa saya juga mengajar di sesi pagi, mak saya pula mengajar petang Jumaat, Sabtu dan Ahad sebab dia ustazah kafa kampung kami.

Masa Belum Tiba

Time beraya di kampung, soalan paling banyak ditanya pada saya adalah, bila nak kawin. Jawapan saya, belum ada calon.

Selepas itu, yang bertanya akan tersenyum lalu menanya lagi, kenapa ndak cari? Jawapan saya, tak pandai nak mengurat.

I can do anything else on my best, other than winning a girl's heart.

Sewaktu di KK dulu saya pernah dicabar supaya memikat seorang gadis, untuk membuktikan kelelakian saya. Tetapi, apa yang berlaku, saya terus terang mengaku yang saya tak pandai mengurat.

Kawan-kawan memanggil saya lelaki penakut. Saya juga dicabar supaya merokok dan meminum segelas Carlsberg beer jika saya benar-benar anak jantan. Ini berlaku pada bulan Mei 2008.

Penakutkah saya, jika perempuan yang dicabar pada saya tu tak bertudung, rambutnya diwarna kemerahan, berseluar jeans ketat, berbaju ketat dan tak memakai tudung? Saya lebih rela mengalah awal-awal.

Menyesal sungguh berkawan dengan budak-budak bandar. Ini sebab utama saya balik ke kampung sebab di bandar iman saya luntur satu persatu. Jiwa saya sedikit kekampungan bagai diketawakan. Di kampung, ada suasana beragama. Di bandar, agama ibarat melepas batuk di tangga.

Apa yang saya cari adalah ketulusan hati. Rupa paras adalah perkara kedua. Jika ada, itu sudah satu bonus. Di dalam ketulusan hati, ada keimanan.

Ada juga saya jumpa yang bertudung labuh dan menjaga agamanya. Tapi, attitude di mindanya agak negatif, pendendam dan dengki, dalam masa yang sama menjaga sembahyangnya. Cemana seorang muslimah leh jadi camtu, saya tak tahu.

Hmm.. well, all i can say is, maybe sembahyangnya tak khusyuk atau tak mulakan dari kejernihan hati, walaupun dia sembahyang setiap kali tibanya waktu mendirikan solat. Sebab itu, sembahyangnya tak memberi kesan pada rohnya.

Ataupun, dia mendirikan sembahyang hanya sebagai satu kebiasaan, tapi bukan untuk mendekatkan diri pada Tuhan sedekat yang mungkin.

Biasanya gadis yang menjaga sembahyang dan merasai kenikmatan iman, hatinya penuh kemaafan. Dia sanggup memaafkan kesalahan orang yang berbuat jahat padanya, kerana dia tahu menyimpan perasaan dendam tak ada gunanya, bahkan menarik sifat-sifat mazmumah bersarang di hatinya.

Maaf jika ada pembaca yang terasa. Personally saya cuma berkongsi kisah benar yang saya lalui. Selama hampir 5 tahun bekerja dalam bidang khidmat pelanggan dan jualan (sales), saya dah berjumpa berbagai ragam orang. Walaupun muka saya macam budak-budak, kat dalam kepala saya tak macam budak-budak.

Masa belum tiba untuk saya berkahwin. Ada masih banyak yang belum saya lakukan. Sekarang masih belum bekerja, cuma berada di kampung. Pendapatan saya masih belum tetap. Namun, saya yakin dugaan ini sementara saja.

Orang tua dah bagi saya kebenaran, tapi saya mahu tangguh dulu sebab saya mahu kukuhkan kewangan. Alhamdulillah, Allah telah menurunkan kemurahan rezeki pada beberapa orang kawan saya, sehingga mereka mampu mendirikan rumahtangga.

Jujur saya mengaku, saya terlalu terbiasa hidup sendiri. I love my bike, my sport, my laptop, my websites and my books. Cant live without them all. Anda boleh kata, saya seorang workaholik.

Tips Automatik

Saya mahu membuat pengakuan terbuka. Kesemua artikel-artikel di dalam blog ini dan beberapa blog yang lain dikeluarkan secara automatik. Saat Anda sedang membaca artikel terbaru kali ni, maybe saya sedang membaca buku, berbasikal atau berenang.

Syukur alhamdulillah, fungsi automatik di dalam akaun Blogger.com dan di Wordpress banyak memudahkan kerja. Dengan bantuan fungsi automatik tu, boleh dah fokus ke perkara lain. Walaupun masih belum bekerja, saya agak sibuk juga di rumah.

Selepas selesai berbasikal selama dua jam selepas waktu subuh, saya kena bantu mak saya. Oleh kerana terpaksa nolong dia, saya terpaksa berkorban dari tidak melakukan kerja-kerja saya seperti menulis artikel, membaca buku, melawat blog kawan-kawan, update blog-blog di Friendster dan Myspace, membalas email dan yang paling banyak saya buat, marketing untuk mempromosikan blog saya.

Jam 10 pagi, biasanya saya kena dodoikan si Maizurah, selepas tu saya kena pam air dari perigi di tepi rumah kami. Bila semua dah selesai, baru saya ada masa sedikit nak menaip di laptop, tu pun kena menaip di sebelah buaian Maizurah sebab nak jaga dia time dia tidur.

Abes makan tengahari, saya kena jaga dia juga, sebab mak saya sibuk dengan kerja-kerja rumah. Mak Maizurah masih di dalam pantang sebab baru saja melahirkan anak kedua. Jadi, saya kena tolong le. Walaupun saya kata saya nak atip artikel untuk blog saya dan blog-blog orang lain di bawah kendalian saya, mereka kata itu tidak penting.

Tapi, bagi saya itu cukup penting ibarat nyawa saya bergantung padanya. Situasi camni, kena banyak bersabar.

Huhu..itulah sedikit sebanyak cabaran saya time kerja di rumah. Tak semua penulis blog yang kerja dari rumah senang lenang.

Bagi saya, kerja di rumah dah cukup menjadikan saya sibuk dari subuh sampai ke tengah malam!

Maaf bagai rakan-rakan yang mengajak join venture projek mereka atau join mana-mana team perniagaan Internet, sebab sekarang ni saya ada komitmen besar pada keluarga. Tambahan pula, saya terlalu sibuk berlatih pagi dan petang di atas kuda besi dipanggil basikal. Teringin benar saya nak join korang, sebab saya ingin lebih dikenali di arena Internet, tapi masa yang saya ada cukup sempit.

Apa-apapun, beri peluang pada rakan-rakan Internet yang lain, buat masa ni saya tolak tawaran tersebut dulu. Bukan nak sombong atau pilih bulu, tapi kenalah faham situasi saya cemana, saya takut saya tak dapat nak beri yang terbaik bila join, sebab saya sibuk dengan kerja-kerja di rumah. Saya tidur cuma 3-5 jam sehari, kurang ada masa nak berehat atau bersantai-santai.

Maafkan saya.

Setakat ini adik saya masih mencari seorang pembantu rumah yang boleh diharap dan rajin, sebab kami semua dah ada kerja masing-masing dan tak dapat menjaga Maizurah sepanjang masa. Bapa Maizurah sibuk di luar rumah, kerja-kerja polis banyak mengikat masanya.

Walaupun saya seorang atlit, saya boleh maintain waktu tidur tak sampai 8 jam, tak terasa mengantuk sangat sebab saya cerewet memilih makanan. Makan sembarangan bukan sikap saya. Saya banyakkan makan buah, minum banyak air dan makan lebih banyak sayur.

Setiap minggu, lebih kurang sebotol madu abis saya telan. Itu satu kemestian supaya kekal cergas. Jika Anda mahu kekalkan kesihatan dan kecergasan, boleh amalkan cara yang sama. Makanan kita membentuk tenaga tubuh kita.

Dalam masa yang sama, kurangkan makanan bergoreng dan lawan rasa malas sekuat mungkin. LiveStrong!

Pejabat Berpindah Dari Dapur Ke Tangga Rumah

Bila saya start menaip artikel-artikel blog kat ruang tamu rumah, selalu adik-adik sepupu saya naik dan bertanya itu ini, terutama apa yang saya buat. Jenuh juga menjawap semua soklan-soklan diorang, tapi dalam masa yang sama seronok, sebab pertama kali ada orang tanya apa yang saya buat, buat apa jari jemari saya menari rancak di atas keyboard laptop.

It was fun. Seorang blogger ibarat wartawan dan jurnalis, sibuk menaip artikel-artikel, membacanya berulang kali kemudian menaip lagi, menambah apa yang patut, mengurangkan apa yang patut. Bagi seorang kaki buku, diberi peluang bekerja dalam bidang kewartawanan, bidang jurnalis atau menjadi penulis sudah cukup hebat, ibarat menerima sebongkah emas dari raja negeri.

Yang paling saya respek ngan adik-adik sepupu saya ni, diorang suka nengok saya menaip. Seronok diorang dengar bunyi kekunci keyboard laptop saya diketuk rancak, lama kelamaan menjadi irama muzik yang bagai dikarang nada bunyinya.

They look at me as a bit of inspiration.

Tak le lama sangat sampai sejam dua jam, tapi dalam 10 minit gitu diorang perati saya. Seronok juga saya dibuatnya, walaupun pejabat saya kat rumah ni asyik berpindah-randah.

Sekejap di ruang tamu, sekejap kat dalam bilik bujang kami, sekejap kat meja menjahit mak saya, kat meja makan di dapur, sekejap di bawah kolong rumah yang berlantai simen, dibuai tiupan angin lembut, kekadang ditangga rumah kami yang bermozek warna pink.

Bila bateri laptop dah habis, saya sambung wayar panjang dari soket dinding rumah, menembusi tingkap sampai ke tangga tempat saya menaip. Pakcik saya kat sebelah rumah cuma tersengih melihat gelagat saya. Gitulah peel saya setiap hari.

Idea boleh datang bila-bila masa, di mana-mana saja. Walaupun saya ngan bapa ke pekan sekadar nak membeli ikan, saya tetap bawa laptop LiveStrong ni. Melihat logo itu membuat semangat saya naik membuak-buak, lantas menerbitkan curahan idea yang tak mungkin saya dapati ditempat lain seumpamanya.

Ramai pembaca bertanya dari mana saya dapat logo tu. Hmm, birlah ia menjadi satu rahsia sekarang, sebab saya akan dedahkan juga cemana saya leh dapat logo LiveStrong yang melekat di depan laptop ni. Pada mulanya, saya cuma selalu membayangkan logo itu di dalam kepala, tapi lagi bersemangat jadinya bila saya lekat logo di mana-mana mana saya boleh melihatnya.

Saya benar-benar kagum dengan semangat kawan-kawan di Lance Armstrong Foundation yang sanggup membuat kerja-kerja kebajikan, hanya kerana mereka suka melihat perubahan berlaku dalam hidup orang lain, orang yang tak pernah mereka jumpa sebelum ini.

Dari situ, saya terdorong untuk mencari-cari peluang untuk saya menyumbang tenaga, kepakaran, kreativiti dan idea untuk membantu mengubah hidup orang lain, dengan semua apa yang saya ada. I believe i can make a difference. I wanna show them how strong i am, so they can be strong like me too.

Ulasan Majalah IM Edisi ke 7

Bagi Anda yang masih baru di blog ini, salam perkenalan. Saya Shueqry, blogger yang bertugas memasukkan maklumat terbaru buat bacaaan Anda hampir setiap hari.

Ok, bagi Anda yang masih baru dengan istilah IM, ia adalah singkatan daripaa perkataan Internet Marketing. Dalam Bahasa Melayu, maksudnya perniagaan Internet atau pemasaran Internet.

Elemen paling penting bagi sebuah perniagaan adalah aspek pemasaran. Hal ini mencakupi semua jenis perniagaan dan perkhidmatan, sama ada real atau virtual, termasuk perniagaan Internet.

Terima kasih pada team Majalah IM, kerana dengan usaha gigih mereka, kita sentiasa diupate dengan maklumat terkini dalam industri perniagaan Internet. Majalah digital ini bukan sahaja memuatkan malklumat berguna berkaitan dengan perniagaan Internet tetapi mengandungi pandangan peribadi juga panduan dari Internet marketers brpengalaman.

Saya benar-benar kagum dengan usaha gigih semua ahli krew Majalah IM. Kegigihan mereka membuat saya semakin berinspirasi menulis blog, menambahkan apa yang patut untuk membuat Anda semakin dekat dengan maklumat terkini.

Majalah IM kali edisi ke 7 muncul dengan fokus pada produk-produk fizikal. Selain produk digital (eBook, software, imej, gambar, lagu, audio, video) Internet juga bolehg dimanfaatkan sebagai medium untuk menjual produk fizikal.

Bukti? Lihat saja di eBay.com (http://www.ebay.com), Mudah (http://www/mudah.com.my) dan Lelong.com.my di pasaran Malaysia (http://www.lelong.com.my)

Kebanyakan produk-produk yang dijual di sini kebanyakannya adalah produk fizikal. Produk fizikal juga boleh mendatangkan untung lumayan bila ngam strateginya.

Apa yang special dalam Majalah IM edisi ke 7? Mari kita lihat isi kandungannya :

Kata Editor (ms 3)
Transkrip Temubual Alang : Nabieel (ms 5)
Kartun : Dell The Im Wannabe - Ubi (ms 13)
Fokus Bulan Ini :
Cabaran Dan Rintangan Perniagaan Produk Fizikal Di Internet
- Adly @ Labanon (ms 15)
- Zamri Nanyan (ms 17)
- Noorizam Shah (ms 19)
Jenis-jenis Direktori - Alang (ms 21)
Mindset Yang Betul Untuk Menarik Kekayaan - Amar Mahmood (ms 22)
Soal Jawab Im - Amirol Zolkifli (ms 23)
Internet Millionaires Bootcamp - Catzer (ms 27)
Yes!, Internet Marketers Can Travel… Kak G (ms 29)
Bagaimana Untuk Mengelakkandari Terpedaya Dengan Perkhidmatan Sms - Irwan Dahnil (ms 32)
Viral List Building Series : Your Viral Offer - Kidino (ms 34)
Hijrah Kejayaan - Smartzul (ms 36)
Membiayai Impian Dengan Duit Gaji - Shamsuddin Kadir (ms 37)
Pengenalan Kepada Google Adsense : Bahagian Ke 2 - Syed Ikhwan (ms 38)
Tutorial Minisite : Bahagian Ke 2 - Mdpai (ms 40)
Bisnes Mail Order Menggunakan Internet - Zamri nanyan (ms 48)

Pada pendapat saya, maklumat dalam Majalah IM pada setiap keluaran semakin bertambah baik, sebab saya baca kesemua kandungan Majalah IM sejak dari edisi pertama lagi. Waktu itu, Majalah IM masih mencari-cari identiti dan brand tersendiri, kini semua itu dah kita nampak sedikit demi sedikit.

Semua penulis yang menyumbang artikel dalam Majalah IM edisi ke 7 rata-ratany berkongsi ilmu dengan percuma sebagaimana yang mereka lakukan di blog atau di forum-forum lain. Majalah IM semian padat dengan informasi bila Kidino (salah seorang IM senior) kini menjadi sebahagian daripada senarai penulis Majalah IM.

Walaupun Majalah IM dah menerbitkan 7 edisi majalah digital, ia masih diedarkan secara percuma di ruang Internet Malaysia. Jika Anda baru saja menubuhkan perniagaan Internet sendiri dan dahagakan ilmu, saya mencadangkan Majalah IM sebagai bahan bacaan berguna, kerana saya juga pembaca setia Majalah IM!

Walaupun bidang saya lebih pada motivasi dan pembangunan diri, tapi saya ikuti perkembangan terkini industri perniagaan Internet melalui forum, blog dan perbincangan dengan usahawan-usahawan Internet lain.

Akhir kata, saya tak nak cakap banyak. Biar Anda sendiri yang mengalaminya. Download Majalah IM sekarang (selagi ia masih percuma!).

Aini Maizurah Dah Lebih Setahun

Jika Anda tertanya-tanya siapa Aini Maizurah, dia bukanlah tunang saya, atau teman wanita saya mahupun bakal menantu bapa saya. Tetapi, dia adalah anak saudara pertama saya dan adik-beradik.


Gelagatnya yang aktif membuat kami kekadang rasa tercabar, geram pun ada sebab dah tak leh buat kerja lain, asyik layan dia saja berjam-jam lamanya. Start aje dia bangun dari jam 6 pagi, suara nyaringnya akan berkumandang di dalam rumah, dok mengacau saya supaya bangun awal. kekadang mak saya lambat memasak untuk makan tengahari, sebab menidurkan dia dulu dalam jam 10 pagi.

Dia lahir pada bulan Ogos. Anak kecil yang lahir pada bulan Ogos biasanya aktif, berani dan paling ketara, keras kepala sebab hanya mahu keinginannya dituruti. Kami panggil dia Zura, kekadang Jura, sebab adik-adik sepupu yang masih berumur 5 tahun tak dapat nyebut namanya dengan betul. Kekadang diorang panggil dia Juyah. Hihi, budak-budak.

23 Ogos lepas, Maizurah menyambut ulang tahun hari lahir yang pertama. Walaupun umurnya dah setahun dua bulan pada saat saya menulis catatan ini, tapi dia masih belum berani berjalan. Tapi bila merangkak, cukup laju macam lipas kudung, terutama bila kami sekeluarga dah berkumpul di dapur untuk makan bersama-sama.

Bila dia terlihat helmet cycling saya berwarna hitam kuning, dia akan tunjuk dan sebut 'yo-yo'. Itu adalah singkatan dari perkataan Yellow. Bila dia ternampak sesuatu yang kotor, semut, cicak, lipas, kucing pakcik saya, dia akan sebut "ghe-ghe". Hentah hape maksudnya, tak taw le saya.

Yang pasti, dia akan tunjuk dan memalingkan mukanya pada kami, tanda apa yang ditunjuknya tu adalah sesuatu yang kotor pada pandangannya. Bila dia nak start berjalan, itu yang kami tunggu-tunggu.

Rim Tayar Bengkok

Kekadang kita ditimpa masalah yang kita betul-betul tak sangka. Bila dah ditimpa masalah, kita sakit hati, lepas tu rasa geram, lepas tu tertekan. Sehari suntuk dok layan masalah tu saja.

Dalam kes saya, rim basikal saya tetiba bengkok. Tak tahu apa puncanya, tapi rim tayar belakang tu tetiba bengkok. Bila start kayuh basikal, tak boleh jalan sebab tayar belakang menyangkut di brek.

Mungkin ada kengkawan overweight yang naik basikal saya diam-diam, atau adik saya pakai basikal tu, kemudian terlanggar sesuatu tapi tak mau mengaku. Itu yang membuat saya cukup sakit hati.

Sape yang tak sakit hati, ye tak? Dah kita jaga berabis basikal tu, orang lain senang-senang aje rosakkan. Sesi latihan terpaksa saya tangguhkan, rasa tak syok pula bila tak kayuh basikal tu tiap pagi ngan petang.

Tetapi, masalah hanya sementara bila kita tekad nak menyelesaikannya, walau dengan apa cara sekalipun selagi halal. Dari pengalaman, cara itu berkesan. Saya hantar rim basikal saya ke salah sebuah kedai motor di pekan semporna.

Aunthy yang melayan permintaan saya mesra sungguh. I was so happy knowing her, maybe i'll come back soon. Cakapan melayunya sungguh lancar, dalam slang melayu semporna walaupun dia orang Cina.

Patutlah orang Cina sanggup bagi good service ngan kastemer diorang, rupanya mo jaga hati supaya pembeli datang lagi, lagi, lagi dan lagi sampai bila-bila. This is a good point in doing business.

Antara peniaga melayu dan peniaga Cina, saya mengaku saya lebih sukakan peniaga cina, sebab diorang mesra dan memberi perkhidmatan dengan baik sekali. Bila berurusan dengan peniaga melayu, kualiti kurang, harga lebih.

Bila masuk siber kafe milik orang bumiputera Islam, banyak kekurangan. Keyborad rosak, monitor rosak dan dah naik menguning, mouse rosak, pc slow, software tak update. Bila minta tolong ngan tukang jaga siber tu, dia buat donno saja, dengan alasan tak taw.

Tapi, masih lagi dicaj RM3 sejam. Rasa macam tak berbaloi pula. Ini realiti dari apa yang saya lihat.

Nyata perniagaan bukan satu budaya dalam masyarakat bumiputera, tapi dilihat sebagai kerjaya bagi yang kurang kelulusan tinggi. Oleh sebab itu, fokus mereka adalah duit untung ditempat pertama, kualiti dan kepuasan pelanggan di tempat kedua.

Kenduri Hari Lahir Penuh Dengan Kesyukuran

Tiada apa yang paling menggembirakan hari ini, selain ceria rasa di hati menyambut hari lahir sendiri. Majlis kenduri yang say dan adik saya anjurkan hanya kecil-kecilan, di hadiri oleh sepupu-sepupu, pakcik-pakcik dan makcik-makcik terdekat keluarga kami. That was a happy moment for me.

Tetapi, tengahari tu bila sampai kat rumah lepas jalan di pekan Semporna, saya tertidur kepenatan. Cuaca hari ini panas terik, hingga menyebabkan mak dan bapa saya kurang selesa, panasnya menyengat hingga memeningkan kepala. Bagi saya ok saja, sebab di Lok Kawi dulu tiap hari berpanas di bawah matahari, sebab tu gelap!

Mulanya perancangan saya ke pekan nak cari USB hub untuk laptop saya, beli CD dan gunting rambut. USB kat laptop saya cuma ada satu port, saya kena cari hub yang ada 4 port sebab nak pakai mouse, cucuk pendrive, pasang fan dan masukkan Celcom Broadband.

USB hub yang saya jumpa harganya 3 kali ganda lebih tinggi dari biasa. Kat KK cuma RM8 saja, kat sini RM38. CD-R pula RM1.50 sekeping sebab kat Semporna ni tak banyak kedai jual aksesori komputer, yang ada cuma kat satu siber kafe saja, di situ saja yang ada jual beberapa aksesori. That is why the price is so high.

4 Oktober adalah hari lahir saya ke 28. Matlamat saya, mahu menjadikan umur ke 28 ni umur yang terbaik dalam kehidupan saya, sebelum saya melangkah ke umur 29 tahun nanti.

Saya mahu menjana pendapatan tetap, membahagiakan mak dan bapa saya, menjadi contoh kepada adik-adik saya, seterusnya menjadi blogger motivasi berjasa.

Bekerja Atau Tidak

Adakah saya tidak bekerja? Soalan itu patut saya jawab sejujurnya. Saya kurang pasti sama ada saya bekerja atau tidak.

Selepas solat Subuh, saya berbasikal selama lebih sejam (tak terasa sejam tu, mesti lebih, biasanya sampai 2 jam!). Bila selesai mandi, saya hidupkan laptop dan mula menaip beberapa artikel.

Kat rumah, walaupun saya dah tak ada waktu kerja tetap seperti waktu pejabat, namun saya berusaha memastikan waktu kerja saya sama seperti waktu kerja pejabat. Selepas Isyak, saya suka buat kerja depan laptop sebab time tu sunyi.

Kekadang, membawa sampai ke tengah malam. Overtime tanpa bayaran, but it was fun. Waktu itu saya suka membaca blog-blog, berita dan update terbaru. Bila timbul idea, mula menulis 2 atau 3 artikel.

Ada banyak gangguan. Kekadang mak saya minta tolong itu ini, lepas tu saya kena jaga anak buah saya, bila adik saya ke sekolah. Dia cikgu di sebuah sekolah rendah. Kedua-dua adik perempuan saya mengajar di sekolah rendah.

Bila bapa saya sampai dari habis mengajar, dia pula yang akan ganti menjaga cucunya. Masuk jam 2 petang, Maizurah biasanya dah tidur, bersama dengan blanket kesayangan dan botol susu di dalam buaiannya. Menjaga dia seorang cukup membuat kesabaran kami tercabar! Tambahan pula, kami ada tugas masing-masing.

Buat masa ni adik saya masih mencari pembantu rumah yang sesuai, sebab pembantu rumah yang dulu kurang pandai membuat kerja-kerja rumah, asyik dok depan tv saja. Lagipun, umurnya masih remaja, baru 15 tahun tapi dah tak sekolah, sebab keluarganya kurang mampu.

Apa yang saya buat pada waktu kerja saya? I write some blogs for a living dan menjual sesuatu melalui beberapa website. Saya mengaku kesemua website tersebut saya bina menggunakan perkhidmatan percuma, terutama Google Pages. Itu fokus saya.

Buat masa ini, suasana agak mencabar, sebab saya memulakan semuanya dari zero, but it was fun. Percaya atau tidak, saya benar-benar seronok dengan kerja saya, sebab saya suka menulis, membaca kemudian ada masa nak bersukan dan bergembira bersama keluarga. Walapun saya jarang tengok tv, tapi saya berusaha meluangkan sedikit masa di depan tv bersama bapa, mak dan adik beradik saya.

Dalam beberapa tahun lalu, kami kurang berkumpul dan berkongsi cerita. Saya dan Azizi di KK, mak, bapa dan dua adik perempuan saya pula bekerja di sini. Cuma time raya saja baru kami dapat berkumpul semuanya.

4 Oktober Hari Lahir Ke 28

Hari ini adalah hari lahir saya.

Maka genaplah umur bujang saya 28 tahun. Terasa 28 tahun saya amat berlainan dengan 28 tahun yang lain sebab mereka nampak matang, ada yang sudah berkeluarga sendiri dan menimang cahaya mata.

Namun, saya seringkali mengingatkan diri sendiri supaya jangan asyik membanding diri dengan orang biasa, tapi lihat ke atas dan bandingkan diri dengan orang-orang luar biasa. Muka maca budak ni adalah nikmat kurniaan Yang Maha Esa, saya patut mensyukurinya sebab walaupun umur dah makin tua, muka saya masih nampak muda. Alhamdulillah.

My life was totally different. Selagi matlamat peribadi saya tak tercapai, selagi itu saya tak terfikir soal jodoh, walaupun dalam hati terasa sunyi. Tak tahu bila matlamat itu akan tercapai, yang pasti ruang masanya dah semakin dekat, bermakna saya kena bekerja dengan lebih rajin lagi, gandakan ilmu, gandakan usaha supaya matlamat itu menjadi kenyataan.

Peranan saya dalam keluarga sebagai anak sulung membuat saya terpaksa memberi ruang pada adik-adik untuk membina kerjaya mereka sendiri terlebih dahulu, sebelum saya menyerahkan tanggungjawab membantu ibu bapa ke tangan mereka pula.

My dream, nak melihat adik perempuan saya kawin dulu, baru saya kemudiannya, lepas tu baru adik-adik lelaki saya.

Buat masa ni saya merancang nak bertunang, mungkin dalam masa terdekat. Semuanya diaturkan oleh pihak keluarga. Putus cinta dua kali banyak mengajar saya makna setia, persefahaman, toleransi dan berpandangan positif terhadap kehidupan.

Kali ini, saya mahu mengubah hidup saya. Mungkin, saya gagal bercinta sebagai persediaan untuk saya mendepani kehidupan berkeluarga, makna cinta dan komitmen sebagai seorang lelaki, suami dan bapa satu hari nanti.

Apa azam saya pada hari ulang tahun kelahiran ini? Saya mahu bersemangat setiap hari dan saya akan buat apa saja supaya saya kekal bersemangat.

Jujurnya saya mengaku saya tak memilih gadis yang akan menjadi jodoh saya. Janji dia tahu agama, hormat orang tua dan hatinya penuh dengan kesabaran. Sabar adalah salah satu sikap orang-orang berfikiran positif.

Mencari gadis penyabar ibarat mencari sebutir beras di dalam setalam tepung. Gadis-gadis penyabar biasanya adalah mereka yang teguh beragama dan menghormati orang tua. Saya percaya kesabaran mereka dibentuk oleh orang tua mereka sendiri yang sabar menjalani dugaan hidup.

Gadis cemana menjadi pilihan saya? Saya suka yang panda memasak, sebab saya kuat makan. Dia juga mesti aktif, sebab saya sukakan aktiviti luar. Namun, saya percaya jika dia tak tahu semua tu, saya boleh ajar dia.

Seperti Mawi, saya juga sukakan gadis bertudung, terutama purple, pink dan biru. Ya, saya sukakan warna-warna lembut sebab ia mendamaikan jiwa.

Apa yang Anda baca di dalam blog ini adalah tulisan-tulisan yang lahir terus dari hati saya. I was lonely here, so i'm using this blog to share my story with you, personally.

Paling menggembirakan, saya menyambut ulang tahun kelahiran ini bersama adik saya, ibu kepada Aini Maizurah. Kami biasanya buat kenduri kesyukuran saja, dihadiri keluarga terdekat, sepupu-sepupu, pakcik dan makcik.

Matlamat saya, mahu mencapai sesuatu yang besar, supaya pencapaian itu menjadi inspirasi buat rakan-rakan saya di seluruh Malaysia. Dare to dream BIG!


Artikel Sepanjang 2007 Hingga 2008